Program ini mampu memberi keuntungan kepada koperasi sekolah di samping memberi pelbagai ilmu pengetahuan yang penting dalam sistem pelajaran dan pengalaman dalam sektor pelancongan.
"Fokus PKS ialah mengenai tokoh sejarawan kini dipelbagaikan oleh ANGKASA dan disampaikan kepada pelajar secara lansung menjadikan pelajar sekolah lebih berminat kepada pelbagai mata pelajaran terutamanya sejarah yang akan dijadikan mata pelajaran wajib oleh kementerian Pelajaran." Ujarnya.
Beliau menyarakan kepada koperator serta pelajar sekolah agar terlibat secara aktif dalam program PKS kerana sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh ANGKASA diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran yang membawa 20 markah dalam melanjutkan pelajaran di peringkat IPT kelak.
Dalam program ini, hampir 70 peserta yang terdiri daripada guru-guru koperasi dan pelajar dari sekitar Sandakan dan Kota Kinabalu telah hadir.
(Wakil SMK Merpati: Mohd Nor Shafiq, Mohd AlHafiz, Farahanim, Dg.Nur Sabryna dan Nur Haziqah terpapar di Majalah 'PELANCAR' Edisi Disember 2012.)
Mereka diberi taklimat mengenai cara pengurusan dan pengendalian sebagai hos yang menerima tetamu dalam PKS, guru koperasi sebagai penyelia dan pelajar-pelajar ahli koperasi sekolah akan berkerjasama merancang serta mengendalikan pelawat-pelawat keseluruhannya.
Program yang diadakan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan, Sabah turut menjemput Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pulau Orang Utan Bukit merah, Taiping., Perak iaitu Dr. Sabapathy Dharmalingam yang merupakan doktor 'pakar' kepada orang utan di Malaysia.
Beliau menyatakan bahawa pemuliharaan keidupan Orang Utan di Malaysia adalah kisah kejayaan dan dicemburui oleh pakar-pakar 'natualis' luar negara. Oleh itu para pelajar adalah golongan terbaik untuk didedahkan dengan kisah kejayaan pemuliharaan 'Orang utan' ini bagi mengekalakan sebagai khazanah warisan Negara.