Penglibatan pelajar-pelajar dalam penyeliaan dan pengurusan koperasi sekolah secara aktif memberi gambaran awal bahawa golongan itu mampu menjadi usahawan berjaya dalam dunia perniagaan.
Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sebastian Ting berkata, dalam pengurusan koperasi contohnya, pelajar diberi pendedahan awal mengenai selok-belok bidang perniagaan.
“Nilai-nilai yang diamalkan dalam koperasi dapat melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, berdikari serta secara langsung melatih pelajar dalam bidang pengurusan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian penutupan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya, Hari Koperasi Sekolah dan Jualan Amal Sekolah Menengah (SM) Sains Miri semalam.
Pada masa sama, katanya, pelajar juga dapat menguruskan masa dengan baik antara akademik dengan bidang tugas yang diberikan ketika menguruskan koperasi sekolah.
“Nilai disiplin dapat mengajar pelajar supaya tidak bergantung harap kepada orang lain untuk mendapatkan apa yang dihajati, sebaliknya berusaha sendiri untuk mencapai impian mereka,” katanya.
Menurutnya, kerajaan amat prihatin terhadap kepentingan melahirkan golongan belia yang berpotensi tinggi dalam memajukan sektor perniagaan dan perdagangan selain melonjak-kan ekonomi negara.
“Penglibatan pelajar secara aktif dalam mencari maklumat kerjaya pada masa hadapan adalah efektif dalam memasti-kan golongan remaja yang ber-kualiti dapat dihasilkan dengan nilai-nilai positif,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu program sedemikian banyak membawa kebaikan kepada anggota-anggota dalam melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan insaniah.
“Tidak dinafikan usaha yang dijalankan oleh pihak pengajar melalui penerapan nilai-nilai positif dapat membantu melahirkan pelajar cemerlang,” jelasnya.
Beliau turut menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) dari Parlimen Miri sebanyak RM3,000 kepada sekolah terbabit.
Hadir sama ialah Pengetua SM Sains, Serina Sauni.
No comments:
Post a Comment